Friday, September 9, 2011

Where's my destination ?

ya Allah ampunkan dosaku...
ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku...
ya Allah tunjukkan aku jalan...
ya Allah berikan aku kesabaran...
ya Allah berikan aku ketenangan...
ya Allah tabahkan hati ini...
ya Allah ukirkanlah senyuman di wajah ini walau hati ini dalam kedukaan...
ya Allah ringankan bibir ini memujiMu...
ya Allah dekatkanlah hati ini denganMu...
ya Allah aku yakin dengan ketentuanMu...
ya Allah aku yakin Engkau telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk hidupku...
ya Allah hanya padaMu ya Allah... kuatkanlah imanku...
Aku takut .. aku tak terdaya .... hanya padaMu aku memohon....

Friday, August 26, 2011

duHaI hAti..


Jangan bersedih duhai hati jika tidak dipertemukan dengan pemilik rusuk.
Percayalah Dia tidak akan mengecewakan hambaNya..

Kita masih punyai ibu bapa yang mana perlukan kasih sayang kita.
Jangan disedihkan hati hanya kerana jodoh. Berbuat baik dan berbaktilah kepada mereka selagi punya waktu.

Maha Suci Allah yang Mengetahui segalanya di sebalik penciptaan dan perancangan Nya. Pasti Allah sedang merencanakan sesuatu yang terbaik buat kita. Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Doakan saja agar Allah menemukan kita dengan pemilik rusuk yang tepat, mungkin Allah tidak menakdirkan kita untuk bertemunya di waktu ini tapi pada suatu masa yang sesuai dan di dalam keadaan kita dan dia benar-benar bersedia. InsyaAllah.

Duhai Hati... bersabarlah..

Monday, August 15, 2011

Frust ...... ada hikmahnya... (^.^)V

Assalamualaikum!!! =) hyep hyep.. alhamdulillah.... hari ni da masuk 16 ramadhan.. dah.. mcm lambat sgt pulak nak wish selamat menyambut ramadhan.. hehe ... kalau selalu asyik post... ayat copy and paste je hari ni rasa mcm nak share something lah... =) penah tak korang rasa tenang.... setenang air di laut.. yg tak bergelora.. cewaahh ayat.. =P mcm tu laa saya rasa skg.. bila masuk bulan ramdhan... pastu bertadarus pagi pagi bersama mak cik mak cik kampung.... =) dan hari ni kami dah sama sama khatam Quran.... jap g maghrib ada kenduri kat masjid.. kenduri khatam..

permulaan setiap hari di bulan Radhan dengan bertadarus... amat membahagiakan.. sebab sampai ke petang x kan rasa letih... sangat... bacalah banyak mana pon ayat ayat suci Allah.... tekak x kan rasa kering macam mana kita asyik bercakap 24 hours benda benda tak berfaedah.. betol.. x tipoo!! mungkin saya bru merasainya.. sebab sebelom ni asyik sebok study study..... sampai x dak masak nak join tadarus....

Syukur Alhamdulillah sebb Allah bukakan pintu hati ni untuk mewndekatiNya... kadang kadang bila kita frust dgn sesuatu..... pasti ada sesuatu yang terbaik menunggu kita.... dan saya yakin.... jujur kata.... frust sgt tak dapat pegi keje hari tu... atas sebab sebab tertentu.... seminggu jugak nangis..... kononya "nak jugak g keje nak nak nak... nak pegang duit sendiri time raya nanti.." last last parents x kasik g keja... howa~~~ merajok laa apa lagi.... ayat mama.. " habiskanlah puasa sebulan dengan mama dulu.. nanti keja.. da x dak masa dengn mama dah.. " ... maka akurlah saya sebagai seorang anak... hehe =P

apa yang saya dapat.. hasil menurut perintah..... mak ayah...??? apa saya dapat x g keje tu??? kalo g keje dapat duit kan?? ni x g keje x dapat duit... huih...
nak taw pe saya dapat ?? :: dapat bertarawikh bersama mak ayah saya kat masjid... :: ::dapat join tadarus dgn mak cik mak cik kampung sebelah pagi... malm pulak lepas tarawikh tadarus bersama adik adik kampung :: :: dapat dengar tazkirah dari ustaz yang beribawa :: :: dapat join mak cik mak cik dengr org baca kitab :: dan kalau nak list mcm banyak lagi...... hakikatnya saya gembira..!! semua tu x dapat nak dibeli dgn duit.. yang mana bekalnnya untuk akhirat kelak.... kalo saya g keje.. sebulan... saya dapat gajik RM 2000 ++ tapi dlm masa sebulan Ramadhan ni i get more than that ..bukan duit... tp sesuatu yang sgt sgt berharga.... saya bersyukur pada Allah... sesungguhnya bila Allah berikan kesedihan pada kita....nescaya kegembiraan akan muncul selepasnya.... =)

masih ada separuh Ramadhan lagi untuk diteruskan... hope saya x kecundang di tengah jalan dalam menunaikan ibadah kepda Allah.. sesungguhnya aku insan hina yang mencari sinar yang menunjukkan jalan ke arah mu ya Allah..

-wassalam-

Tuesday, July 12, 2011

Saturday, October 16, 2010

Our Life...


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Cuba kita renungkan,
Semalam _ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini _ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok _ Hari yang belum pasti.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Smile =)



Senyum itu kelopak...
Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya...

Seutas senyuman yang ikhlas dan menceriakan satu ibadah..



Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Panduan berdoa...

1. Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah Bahasa Arab kerana ia adalah Bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh Malaikat melalui wahyu yang datang terus dari Allah s.w.t. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam Bahasa Arab.

2. Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata hanya kerana Allah.

3. Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

4. Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.

5. Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang di pohonnya itu akan diperkenankan oleh Allah.

6. Berdoa, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.

7. Tidak pernah berputus asa didalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqomah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.